Hari ni yayaa nak share dengan semua tentang masalah rambut. Tak kira lelaki ataupun perempuan, mesti mengalami masalah rambut kan? Setuju tak?
Orang perempuan ni sinonim dengan masalah rambut terutamanya yang bertudung dan selepas bersalin. Lelaki pula mengalami masalah rambut seiring dengan peningkatan usia.
Jom baca sampai habis aktikel yang Yayaa nak sharekan dengan anda semua ni. Anda boleh kongsikan link ini dan kongsikan dengan ahli keluarga anda yang mengalami masalah rambut gugur. Rugi kalau tahu dan simpan sorangkan? Hehe
FAKTOR BERLAKU MASALAH RAMBUT
1. Perubahan Hormon
Bentuk keguguran rambut lelaki dikenali dalam dunia perubatan 'alopesia
androgenetik'. Keguguran ini berlaku akibat pengaruh tingginya jumlah
hormon testosteron bernama dihidrotestosteron (DHT) yang membawa sebab
akar rambut terlalu peka. Hormon ini menjadikan rambut lebih tipis dan
mudah gugur dari akarnya.
Bentuk keguguran rambut perempuan terletak di bahagian atas kepala.
Hormon yang membawa sebab keguguran pada rambut perempuan antara lain
hormon yang terproduksi pada masa menopause, masa kehamilan, dan akibat
penggunaan kotrasepsi hormon.
2. Pengaruh Pengambilan Makanan
Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca
rambut gugur dan tipis. Apabila anda sedang menjalankan program diet,
maka jangan sampai ia menyebabkan keguguran rambut. Tetaplah pengambilan
makanan tinggi gizi seperti zinc yang dapat menguatkan akar rambut.
3. Kesan Kemoterapi
Terapi kemo biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Ada kesan mengerikan
dari kemoterapi iaitu rambut mudah gugur dan bahkan hingga mengalami
keguguran. Sesungguhnya kesan daripada kemoterapi ini tidak hanya
memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan
tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani
kemoterapi.
4. Kesan Ubat-ubatan
Ubat yang Anda consume juga mampu memberi kesan terhadap kesihatan
rambut. Macam ubat tersebut sebagai contoh ubat yang memberi reaksi
positif terhadap jerawat, kemurungan, serta rasa sakit, akan tetapi
tidak positif untuk rambut dan kulit kepala. Laporan ini telah
dikeluarkan oleh para saintis di University of Melbourne.
Penemuan lain juga menjelaskan bahawa ada ubat-ubatan yang boleh membawa
pengaruh terhadap tekstur dan warna rambut. Berikut ini beberapa macam
obat yang menjadi punca masalah pada rambut.
- Epilepsi
Kesan ubat anti-epilepsi yang berkaitan dengan migrain, rambut kerinting, dan rambut gugur. Satu contoh ubat untuk mengubati epilepsi adalah valproate natrium. - Antidepressant
Penggunaan ubat untuk mengatasi kemurungan membawa kesan terhadap rambut yang mengalami proses rehat pada kitaran pertumbuhan rambut. Hal ini tidak perlu Anda bimbangkan sebab rambut akan tumbuh seperti semula selepas penggunaan, umumnya berlangsung selama tiga bulan. Contoh ubat antidepressant adalah Fuoxetine atau Prozac. - Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit yang membuat kulit menjadi bersisik akibat pengeluaran sel-sel kulit yang berlebihan. Penggunaan ubat untuk mencegah pengeluaran sel kulit baru yang akan menyebabkan kesan rambut kerinting, berubah warna, serta merosakkan tekstur rambut. Rambut akan kembali normal seiring berlalunya waktu selepas berhenti melakukan rawatan. - Pil Perancang Keluarga
Dengan minum pil perancang keluarga, maka kandungan senyawa bernama anti-androgen yang terletak di dalamnya akan bekerja mengurangkan risiko rambut gugur pada wanita yang terdedah terhadap masalah tersebut. Akan tetapi, bilamana selesai atau berhenti minum pil perancang keluarga, maka rambut gugur bakal terjadi. - Ubat Jerawat
Pil untuk mengubati jerawat terbuat dari vitamin A yang mampu menangani gangguan kulit termasuk jerawat. Bahan dari pil ini bisa menjadi punca rambut gugur pada sedikit pasien, menurut penelitian di Melbourne. Kesan rambut gugur semakin teruk bilamana dosis yang diminum semakin tinggi.
Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan rambut gugur adalah ibuprofen dan ubat pencair darah.
5. Tekanan
Tekanan psikologi boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Pada keadaan
seperti ini biasanya pesakit akan mengalami penipisan rambut kepala
tetapi tidak sampai menyebabkan keguguran. Elakkan tekanan psikologi dan
fizikal dengan terus berfikir positif.
6. Alopesia Areata
Alopecia areata adalah gangguan kesihatan yang diperolehi dari penyakit
autoimun, di mana sistem imun menyerang tubuh sendiri. Alopesia areata
(rambut botak bertompok) kerap berlaku pada kalangan remaja dan dewasa.
Beberapa penyakit yang mencetuskan alopesia areata adalah diabetes,
anemia pernisus, tiroid, dan vitiligo.
7. Melahirkan Anak
Adapun punca masalah rambut gugur yang pasti dialami banyak perempuan
adalah ketika selepas menjalani proses bersalin. Biasanya rambut akan
mengalami keguguran yang teruk pada masa enam bulan pertama selepas
melahirkan anak. Masalah ini akan beransur pulih apabila kadar estrogen
di dalam tubuhnya menjadi normal.
8. Kulit Kepala Tidak Sihat
Jarang sekali yang perhatian terhadap kesihatan kulit kepala. Kebiasaan
abai terhadap kesihatan ini boleh membuat kulit kepala menjadi tidak
sihat. Pada kulit kepala yang kotor dan tidak sihat, maka boleh dengan
mudah dijangkitkan oleh kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit
kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau
menutup rambut. Oleh kerana itu, selepas memakai topi dalam waktu yang
cukup lama, jangan lupa untuk mencuci rambut.
9. Jarang Mencuci Rambut
Rambut yang jarang dicuci akan bau dan mudah gugur. Selain itu, jarang
mencuci juga membuat rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut
semacam ini apabila terkena sinar matahari maka membuat rambut dalam
keadaan berminyak sekaligus berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh
diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami
keguguran.
10. Hair Dryer
Sebaiknya bermula kini, elakkan pemakaian hair dryer (pengering rambut)
setiap kali habis mandi. Alat ini akan memberi kesan rambut kering dan
mudah patah. Ketika rambut patah, maka Anda tidak boleh lagi mengelak
daripada masalah rambut gugur.
11. Pengerinting Rambut
Punya rambut kerinting seperti penyanyi idola memang sah-sah sahaja,
tetapi bila struktur rambut anda tidak kuat, maka hanya membawa masalah
tersendiri. Penggunaan alat ini adalah dengan melilit rambut sehingga
membuat akar rambut menjadi tertarik dan berakhir pada keguguran rambut.
12. Ikatan Rambut yang ketat
Rambut yang tidak memperoleh makanan seimbang boleh menjadi punca rambut
gugur paling utama. Apabila akar rambut tidak cukup kuat, maka masalah
remeh seperti mengikat rambut sedikit ketat sahaja boleh dengan mudah
membuat rambut tertarik dan gugur. Cara mengelak masalah ini adalah dengan tidak mengikat rambut terlalu kencang, serta jangan mengikat
rambut terlalu lama.
13. Keturunan (Genetik)
Penyakit boleh diturunkan dari orang tua. Cuba periksa dan tanya sama
bapak dan ibu Anda adakah kerap mengalami masalah rambut gugur. Bila
jawapannya betul, maka boleh jadi masalah tersebut dapat anda peroleh
juga. Untuk mengatasi keguguran rambut akibat faktor keturunan, anda
hanya perlu lebih fokus menjalani pola hidup sihat dan mencukupi
pemakanan harian.
14. Radikal Bebas
Punca rambut gugur terakhir yang perlu Anda ketahui adalah radikal
bebas. Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya
penuaan awal. Biasanya radikal bebas dihadirkan oleh pencemaran
kenderaan dan asap-asap beracun. Radikal bebas juga memberi kesan
terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.
APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU?
Vitamin yang boleh membantu anda untuk mendapatkan semula rambut yang sihat
ESP (Energizing Soy Protein)
Protein lengkap yang mengandungi 9 jenis asid amino perlu dan tidak perlu. Protein adalah komponen terbesar dalam struktur rambut. Kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah keguguran rambut.
850g
Untuk 102 bulan
RM170
Vita E Complex
Melembabkan rambut, mengelakkan kerosakan, melancarkan peredaran darah, rambut lebih bersinar.
120 capsules
Untuk 4 bulan
RM165
B Complex
Melebat dan memperbaiki strukrtur rambut, mempercepatkan pertumbuhan, bantu penyerapan iron dan mengelak keguguran rambut.
120 tablets
Untuk 2-4 bulan
RM58
Vita-Lea Iron Formula
Multi vitamin yang lengkap dan mudah diserap oleh badan membantu kesihatan rambut dan kulit kepala, sekali gus mencegah keguguran rambut.
120 tablets
Untuk 2-4 bulan
RM99
TESTIMONI SEBENAR!!
PILIHAN YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN DAN BAJET ANDA
Premium
ESP Soy
Vita-E Complex
B Complex
Vita-Lea
Jumlah RM492
Medium
ESP
Vita-E Complex
B Complex
Jumlah 393
Basic
ESP
Vita-E Complex
Jumlah RM335
Mahalnya!!! Oppsss tunggu!! Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga lebih murah??? Cepat2 whatsapp Yayaa 0192276957
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- - Semulajadi
- - Berkesan
- - Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 thn lalu dan kini masih teguh berpegang padanya
- - Shaklee difference : Always Safe, Always Works, Always Green
MENGAPA SAYA?
Saya Yayaa yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah,
serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Yayaa agar boleh bantu anda
dan keluarga anda lebih sihat. Yaya juga akan menyediakan jadual pengambilan
vitamin dan konsultasi berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada
menggunakan khidmat POSLAJU, CITYLINK, GDEX ataulain-lain yang bersesuaian
dengan lokasi anda..
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB,
Bank Simpanan Nasional, Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal diluar
Negara
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan :
- - Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
- - Belian di cawangan Shaklee terdekat ( ID: 1266258)
- - Hubungi Yayaa di talian whatsapp +60192276957 (Yayaa) untuk sebarang bantuan / belian
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee an mendapat bonus tunai
serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami DARE TO DREAM TEAM
(D@DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang
fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk terus daripada Yayaa.
Hubungi Yayaa untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma
atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee
RAKAN SHAKLEE ANDA
NURHIDAYAH BINTI AB RAHMAN (
YAYAA)
SMS / WHATSAPP : +60192276957
SMS / WHATSAPP : +60192276957
FACEBOOK : YAYAA AZRZIQ
INSTAGRAM : YAYAAZRIZQ
No comments:
Post a Comment